Rencana : Era Baru UMNO
on 2009/3/28 10:00:00 (172 reads)



HARI terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2008 sememangnya melakar sejarah bukan sahaja kepada parti malah kepada seluruh bangsa Melayu yang selama ini sering sahaja mengimpikan perpaduan di kalangan masayarakat Malaysia apatah lagi sejak akhir-akhir ini sengketa dalam plitik sering sahaja diperkatakan.

Kelansungan peralihan kuasa yang berjalan dengan lancar menimbulkan suatu semangat baru kepada para perwakilan untuk terus menyempurnakan perjuangan parti demi agama, bangsa dan agama.

Apa yang boleh disimpulkan, persidangan Perhimpunan Agung UMNO ini menunjukkan munculnya suatu era baru kepada ahli-ahli UMNO dan orang Melayu keseluruhannya apatah lagi para pemimpin lama dan baru yang pernah menerajui parti dan memegang jawaan nombor satu dalam negara kembali bersatu.

Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari terakhir persidangan ini bagaikan meniup semangat baru kepada UMNO ekoran pelbagai peristiwa yang berlaku.

Sedang begitu pula apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melepaskan jawatannya dalam satu proses peralihan membawa satu petanda bahawa tidak ada ahli-ahli UMNO yang sanggup untuk menggadaikan perjungan parti demi kepentingan peribadi.

Lantas, begitu juga seruan Presiden baru UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membawa pembaharuan kepada masyarakat dan membentuk keyakinan baru kepada ahli-ahli UMNO keseluruhannya.

Apa yang pasti, janji Datuk Seri Najib untuk mendapatkan pandangan daripada dua Negarawan ulung iaitu Tun Dr. Mahathir dan juga Datuk Sri Abdullah unuk bersama-sama membentuk satu ruang baru kepada UMNO adalah sesuatu yang amat dinantikan.

Inilah harapan baru yang lahir untuk masyarakat dan ahli-ahli UMNO keseluruhannya.

Peristiwa lepas sanggup diketepikan walaupun ramai yang tahu, apa yang berlaku antara para pemimpin dalam arena politik sebelum ini amat menegangkan.

Ibaratnya, suatu era baru bermula dengan semangat bersama atas perpaduan, sesungguhnya penyatuan tiga tokoh pemimpin negara ini ibarat memberikan sinar cahaya untuk masa hadapan parti dan orang-orang Melayu sendiri.

Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Kesampingkan semua yang pernah berlaku dalam parti untuk kesinambungan perjuangan masa hadapan yang pastinya UMNO menjadi teras dalam kepimpinan berlandaskan kepada perjuangan bangsa.

Lebih penting lagi, semua peristiwa pahit lalu yang berlaku dalam UMNO menjadi tauladan bukan sahaja kepada pemimpin tetapi juga kepada masyarakat semua.

Lantaran semboyan pepaduan yang telah berbunyi, bangunlah menyahutnya dengan satu semangat perpaduan untuk kepentingan parti masa hadapan!

- UMNO Online

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article