| Sejarah
UMNO Bahagian Serdang
UMNO
Bahagian Serdang wujud selepas persempadanan semula kawasan parlimen yang
telah dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya pada bulan Disember tahun
2003. Kawasan Parlimen Serdang
yang baru diwujudkan ini memiliki 3 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),
iaitu DUN Bangi, DUN Balakong dan DUN Seri Kembangan.
UMNO Bahagian Serdang yang baru ini adalah gabungan dari sebahagian UMNO
Bahagian Hulu Langat dan UMNO Bahagian Serdang “lama”. Ketika itu
hanya terdapat 47 UMNO Cawangan, dimana 25 cawangan di DUN Bangi, 17
cawangan di DUN Balakong dan 5 Cawangan di DUN Seri Kembangan.
UMNO
Bahagian Serdang amat beruntung kerana, Ketua Penaja UMNO Bahagian Serdang
semasa penubuhannya adalah YAB Dato’ Seri Haji Dr Mohamad Khir bin Toyo,
yang juga ketika itu adalah Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan.
Beliau telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada Ahli
Jawatankuasa Penaja UMNO Bahagian Serdang ketika itu sehingga UMNO
Bahagian Serdang terus utuh dan berkembang sehingga mampu untuk berdikari,
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan UMNO Bahagian-bahagian yang
lain di Negeri Selangor ini.
Fokus
utama UMNO Bahagian Serdang pada tahun 2004 adalah untuk menghadapi
pilihanraya umum yang bakal diadakan pada bulan Mac 2004. Justeru,
bermulalah gerakan persiapan jentera pilihanraya.
Tumpuan jentera pilihanraya UMNO Bahagian Serdang pada pilihanraya
kali ini adalah memastikan kemenangan kerusi DUN Bangi yang merupakan
kawasan DUN yang baru diujudkan. Walaupun ianya baru diujudkan, majoriti
daerah mengundi di DUN Bangi adalah berasal dari kawasan DUN Kajang yang
mana pada pilihanraya tahun 1999, telah dimenangi oleh Parti Pas.
Barisan Nasional (BN) telah meletakkan Dr
Amran Kasimin, bekas pensyarah UKM sebagai calon BN di DUN Bangi.
Dengan ketokohan dan berlatar belakangkan bidang pendidikan dan
agama, Dr Amran Kasimin telah berjaya memikat hati pengundi-pengundi di
DUN Bangi. Beliau telah menang kerusi DUN Bangi dengan memperolehi
majoriti sejumlah 3,700 undi, mengalah calon PAS.
Maka,
bermula era baru dalam arus perjuangan UMNO Bahagian Serdang. Selepas
mendapat mandat dari rakyat di DUN Bangi, YB Dr Amran Kasimin telah di
beri kepercayaan oleh ahli-ahli UMNO Bahagian Serdang untuk menerajui UMNO
Bahagian Serdang. Kesemua 47 UMNO Cawangan telah mencalonkan YB Dr Amran
Kasimin sebagai Ketua UMNO Bahagian Serdang.
Pada
tanggal 23 Jamadiawal 1425 H bersamaan 11 Julai 2004, dengan rasminya YB
Dr Amran Kasimin telah dinobatkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Serdang,
mengambil alih teraju daripada YAB Dato’ Seri Haji Dr Mohamad Khir bin
Toyo.
Sebagai Ketua UMNO Bahagian, YB Dato’ Dr Amran Kasimin bersama barisan
Ahli Jawatankuasanya telah menerajui UMNO Bahagian Serdang dengan jayanya
dan telah berkembang dari hanya 47 cawangan pada masa penubuhannya,
sehingga sekarang ini telah mencapai bilangan 71 cawangan.
Dengan
dibantu oleh biro-biro yang bergerak selaku jentera UMNO Bahagian Serdang,
kita yakin dan percaya, UMNO Bahagian Serdang akan terus maju dan akan
menjadi sebuah UMNO Bahagian yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Insya’Allah. |